Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat Thailand boleh balik kampung hingga Jumaat depan

Zulkepli menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan-kenderaan yang membawa pulang rakyat Thailand melalui pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu di sini hari ini.

A
A
A

PENGKALAN HULU - Lebih 1,000 rakyat Thailand dijangka pulang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di sini bulan ini.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, hasil persetujuan bersama pihak Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, tempoh membawa pulang rakyat negara itu dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Menurutnya, mereka mempunyai masa selama sembilan hari untuk pulang ke kampung masing-masing melalui sempadan Betong, Yala di Selatan Thailand.

"Tempoh menghantar pulang rakyat Thailand sepatutnya tamat pada 30 April lalu namun atas persetujuan pihak konsulat, tempoh itu dilanjutkan hingga pertengahan bulan ini.

"Mereka yang ingin pulang perlu mendapatkan sijil kesihatan daripada klinik kesihatan dan sijil perjalanan daripada pihak kedutaan atau pejabat konsulat serta mempunyai dokumen perjalanan lengkap," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Zulkepli Ibrahim
Zulkepli Ibrahim

Zulkepli berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal lebih masa di negara ini.

Bagaimanapun katanya, mereka akan dimaafkan jika dokumen tamat tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, seramai 644 individu telah kembali ke Thailand menerusi pintu sempadan itu.

"Sementara itu, 20 rakyat Malaysia berusia tujuh hingga 65 tahun sudah di bawa pulang sehingga 15 April lalu. Mereka yang berada di Thailand kerana melancong dan urusan keluarga itu menjalani kuarantin selama 14 hari di Ipoh," katanya.