KKM buat laporan polis kes 147 warga asing lari pusat kuarantin

Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat laporan polis berhubung tindakan 147 warga asing yang melarikan diri dari pusat kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua warga asing tersebut telah menjalani saringan dan didapati negatif wabak koronavirus (Covid-19).

"Kalau kita lihat gelombang pertama pun kita (ada kes) warganegara China yang lari daripada pusat kuarantin, tapi apa yang pasti mereka bukan positif tetapi mereka ini dikuarantikan sebab ada terdedah kepada kes positif.

"Jadi setakat ini kita maklum dan buat laporan polis dan polis sedang ambil tindakan kepada merake yang lari daripada pusat kuarantin tersebut," katanya pada sidang akhbar perkembangan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham turut menegaskan insiden pekerja asing yang melarikan diri dari pusat kuarantin bukan bersabit dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

"Seramai 147 warga asing iaitu dari kumpulan tapak pembinaan dan tujuh kes sedang dikuarantin tetapi kesemua mereka adalah negatif, namun mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari," katanya.

Artikel Berkaitan: