X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tumpu lokaliti, kluster dalam PKPB

Pekerja warga asing dikumpulkan di sebuah tapak pembinaan di Kampong Bharu, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menjalani prosedur saringan Covid-19.
A
A

PUTRAJAYA - Pendekatan kerajaan bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19) menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah dengan memberikan tumpuan berdasarkan lokaliti dan kluster.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sekarang kerajaan telah mengenalpasti perkara tersebut dan akan memberikan tumpuan khusus terhadap kawasan dan lokaliti.

"Sebagai contoh dalam kluster pekerja asing di tapak pembinaan, kita memberikan fokus kepada kumpulan ini dengan menjejak kontak kepada individu positif Covid-19," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan berkaitan status Petaling yang kembali menjadi kawasan merah selepas sebelum ini bertukar kepada kuning.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kawasan tersebut sememangnya dianggap sebagai kawasan merah kerana dua kawasan iaitu Seri Petaling dan Lembah Pantai yang mempunyai kes agak tinggi.

"Tumpuan kita sekarang bukan lagi seperti dahulu dengan memberikan tumpuan menyeluruh kepada kawasan Petaling sebaliknya kawasan bersasar yang telah dikenal pasti.

"Sekarang ini di dua kawasan iaitu Selayang dan Chow Kit, kita laksanakan PKP secara pentadbiran dan jika terdapat kawasan yang secara tiba-tiba naik mendadak, kita akan laksanakan perintah itu atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!