Israel serang kedudukan Hamas

Tentera Israel mengasari seorang lelaki di Tebing Barat. Foto- Agensi
Tentera Israel mengasari seorang lelaki di Tebing Barat. Foto- Agensi
A
A
A

GAZA CITY - Rejim Israel hari ini melancarkan serangan yang mensasarkan kumpulan penentang Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, menurut sumber tentera, lapor agensi berita Anadolu.

Tiga pos pengawal di utara dan tengah Gaza milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas diserang tentera Israel.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tentera Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah Israel. - Bernama

Artikel Berkaitan: