Aguero pilih EPL sebab Owen

AGUERO
AGUERO
A
A
A

PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero mempunyai alasan tersendiri memilih untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurutnya, dia terpengaruh dengan idolanya yang juga bekas pemain England dan Liverpool, Michael Owen yang beraksi di liga tersebut.

"Ketika saya masih kecil, saya kagum dengan Owen. Saya selalu mengatakan perkara itu malah saya ada tulis juga di dalam buku saya, Sergio Kun Aguero: Born to Rise.

"Saya menyukainya kerana dia bertubuh kecil tetapi mampu menjadi penyerang hebat selain memakai nombor 10 di kelab seperti yang saya pakai sekarang," katanya.

Aguero menyertai City pada 2011 dari kelab Sepanyol, Atletico Madrid dengan nilai 35 juta Euro (RM163 juta).

Pemain kelahiran Argentina itu terus mencipta sensasi bersama City dan membantu pasukan itu merangkul empat kejuaraan EPL dalam tempoh sembilan tahun.

Malah, dia juga menjadi pemain import di EPL dengan jumlah gol terbanyak iaitu 180 gol daripada 261 penampilan memadamkan rekod milik legenda Arsenal, Thierry Henry dengan 175 gol.

Kata Aguero, dia mengagumi kualiti yang dimiliki Owen dan mula menjadi peminat pemain itu ketika melihat aksi Piala Dunia 1998 antara England dan Argentina.

Artikel Berkaitan:

"Dia (Owen) memiliki tubuh yang kecil tetapi cukup lincah di atas padang. Jadi saya berkata pada diri sendiri jika seorang pemain kecil sepertinya mampu bermain dengan baik di EPL, maka saya juga mampu melakukannya.

"Ketika itu tahun 1998 dan dia mencetak gol luar biasa bersama England. Saya masih kecil dan ketika saya melihat gol tersebut, saya tak mempercayainya. Sejak itu, saya bertekad menjadi seperti Owen," katanya.