X

Kindly register in order to view this article
!

Kontrak RM30j: KKM sedia bekerjasama dengan SPRM

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beberapa syarikat yang mendapat kontrak secara tidak layak untuk menyediakan kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara yang melibatkan SPRM perlu dirujuk terlebih dahulu kepada suruhanjaya berkenaan.

“KKM akan sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM sekiranya diperlukan,” katanya.

Terdahulu difahamkan SPRM telah memanggil beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit.

Sumber SPRM berkata, antara pihak yang dipanggil termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperoleh projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.

“Siasatan terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ia dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan,” kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, sumber itu menafikan dakwaan SPRM melakukan tangkapan ke atas pegawai kementerian.

"Berita mengenai SPRM telah membuat tangkapan ke atas mana-mana pegawai kementerian adalah tidak benar. Jika ada maklumat boleh terus salurkan kepada SPRM," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!