Rasuah: Guru besar ditahan bantu siasatan

SPRM Cawangan Kluang menahan seorang guru besar sebuah sekolah bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000.
SPRM Cawangan Kluang menahan seorang guru besar sebuah sekolah bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang menahan seorang guru besar sebuah sekolah bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira jam 10.30 pagi Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, lelaki itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.