KKM agih 50,000 kit ujian antigen kesan Covid-19

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengagihkan 50,000 kit ujian pengesanan antigen bagi membolehkan saringan koronavirus (Covid-19) dijalankan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah dan Sarawak masing-masing telah menerima 10,000 kit.

"Selain itu, 15,000 diagihkan kepada Johor dan bakinya diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk digunakan penumpang penerbangan," katanya

Menurutnya, petugas kesihatan telah diberi latihan penggunaan kit ujian tersebut.

"Hasilnya penggunaan ujian antigen diperoleh dalam esok atau hari berikutnya," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 100,000 kit ujian yang diimport dari Korea Selatan akan diterima kementerian minggu ini.

Sebelum ini, KKM memutuskan untuk menggunakan kit ujian antigen selepas mendapati sensitivitinya melebihi 85 peratus.

Artikel Berkaitan: