X

Kindly register in order to view this article
!

Orang awam dibenarkan pandu kenderaan lesen tamat tempoh ketika PKP

JPJ membantu PDRM dan ATM bagi melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara.
A
A

PUTRAJAYA - Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.

“JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja,” menurut kenyataan itu.

Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik koronavirus (Covid-19).

"Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.

"Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian," menurut JPJ. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus