Pulau Pinang sedia disaman demi 1.8 juta rakyat

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN- Kerajaan Pulau Pinang sedia untuk disaman pihak industri selepas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Pusat berhubung pembukaan semula ekonomi di seluruh negara semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan 1.8 juta rakyat Pulau Pinang daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Kon Yeow turut mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya membuktikan bahawa Pulau Pinang mengabaikan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan sebelum tindakan undang-undang diambil.

Semalam, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri mungkin berdepan tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak khususnya dalam industri jika menghalang syarikat memulakan operasi yang bermula semalam.

Menurutnya, kerajaan memandang serius pendirian beberapa kerajaan negeri yang ingkar untuk melaksanakan keputusan membuka semula ekonomi.

Mohamed Azmin menegaskan, keputusan memulakan semula sektor ekonomi itu di bawah syarat PKPB dibuat dengan penuh teliti dan bertanggungjawab serta didokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad.

Artikel Berkaitan: