Korban Covid-19 seluruh dunia kini cecah 250,134

Sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah. - Foto 123RF
Sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah. - Foto 123RF
A
A
A

NEW YORK - Seramai 250,134 orang di seluruh dunia maut akibat koronavirus (Covid-19), menurut data Johns Hopkins University petang semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat melaporkan jumlah korban paling ramai iaitu 68,387 orang. Negara lain seperti Sepanyol, Itali, Britain dan Perancis pula masing-masing mencatatkan lebih 20,000 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: