‘Umno tinggal hanya yang jujur, ikhlas’

Mohd Syahbuddin Hashim
Mohd Syahbuddin Hashim
A
A
A

GUA MUSANG - Umno hari ini hanya tinggal ahli-ahli dan pemimpin yang jujur dan ikhlas demi meneruskan perjuangan parti.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, mereka yang mempunyai kepentingan peribadi tidak lagi bersama Umno.

“Penghijrahan ahli dan juga pemimpin membuktikan tahap keikhlasan mereka sebelum ini. Jika mahu keuntungan, Umno tidak lagi boleh memberi untung. Jika mahu kemewahan, Umno tidak mampu lagi hamparkan kemewahan.

“Yang tinggal hanya kejujuran dan keihklasan kerana yang bermasalah telah mula keluar meninggalkan Umno,” katanya sebagai mengulas tindakan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian mula keluar parti dan bertindak menyertai parti kerajaan.

Terdahulu, mantan AJK Umno bahagian, Mohd Zailani Mohd Noor dan Mohd Bustaman Ibrahim, menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah dalam majlis berasingan.

Dalam pada itu, Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Ab Aziz Yusoff membuat pemutihan dalam senarai kepimpinan bahagian itu.

Artikel Berkaitan: