Tiada tanda harga, warga Pakistan dikompaun RM1,000

KPDNHEP Cawangan Gua Musang sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di semua premis perniagaan yang terdapat di Gua Musang.
KPDNHEP Cawangan Gua Musang sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di semua premis perniagaan yang terdapat di Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang warga Pakistan dikompaun sebanyak RM1,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) cawangan Gua Musang selepas gagal mempamerkan tanda harga di premis perniagaan miliknya yang terletak di bandar ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang, Mohd Koma Shapii berkata, lelaki berusia 40-an itu dikompuan dalam satu operasi pada jam 11 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan di premis berkenaan mendapati lelaki terbabit gagal mempamerkan, meletakkan label, tag, atau tanda harga tunai ke atas Gas Petroleum Cecair yang dipamer untuk jualan," katanya.

Menurutnya, tindakan itu bercanggah dengan peraturan di bawah Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan oleh Penjual Runcit) 1993.

Beliau turut menasihatkan peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.

Katanya, KPDNHEP Cawangan Gua Musang sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di semua premis perniagaan bagi memastikan barangan keperluan mencukupi.

Mohd Koma berkata, kedudukan stok harian barang keperluan asas sepanjang tempoh PKP hingga kini adalah mencukupi dan tiada gangguan bekalan dikesan.

Artikel Berkaitan: