X

Kindly register in order to view this article
!

Pas mahu undang-undang terhadap pemandu mabuk diperketat

Kamaruzaman Mohamad
A
A

SHAH ALAM - Pas terus memberikan komitmen untuk memastikan undang-undang berkenaan arak dan memandu di bawah pengaruh alkohol diperketatkan dan dikenakan tindakan tegas.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, Islam yang bersifat prihatin dalam menjaga nyawa dan akal mengharamkan segala jenis perbuatan yang melibatkan arak.

"Tragedi kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk menjadi igauan rakyat kerana sering dilaporkan dalam berita dan akhbar.

"Sepanjang 2018, kematian berpunca daripada pemandu mabuk atau pemandu di bawah pengaruh alkohol (DUI) ialah 54 kes manakala yang mengalami cedera parah adalah 63 kes dan cedera ringan 63 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaruzaman berkata, lebih membimbangkan walaupun negara berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kes yang ditahan pihak berkuasa melibatkan arak dan pemandu mabuk terus berlaku.

"Pas akan memastikan agar dipercepatkan penggubalan Akta Pengangkutan Jalan bersabit pemandu mabuk seterusnya menguatkuasakan akta kawalan terhadap minuman arak terutama di premis terbuka," ujarnya.

"Jika dilihat di negara lain seperti Thailand, Vietnam dan Russia, kesalahan pemandu mabuk bakal digantung lesen pada tempoh masa tertentu perlu membayar ganti rugi wang tunai kepada keluarga mangsa dan perlu menjalani program khidmat masyarakat.

"Di negara Islam seperti UAE dan Arab Saudi pula, pesalah bukan sahaja dipenjara malah didenda dan disebat di khalayak ramai," katanya.

Pas juga menyeru rakyat Malaysia mewujudkan gelombang solidariti bagi menuntut pihak kerajaan bertindak segera kerana sudah terlalu banyak kemalangan maut berlaku akibat pemandu mabuk.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!