Roti john Atlet SUKMA

A
A
A

Jurulatih pasukan hoki wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu, Mohd Shahrun Nabil Abdullah memilih untuk menjalankan perniagaan roti john dan burger secara kecil-kecilan di halaman rumah keluarganya di Kampung Jeram Hulu, Tepoh ketika tinjauan semalam.

Mohd Shahrun Nabil yang juga bekas kapten pasukan hoki kebangsaan berkata idea untuk berniaga timbul selepas melalui tempoh rehat yang panjang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Aktiviti perniagaan itu bermula pada pukul 3 hingga 6 petang dan antara menu yang paling mendapat sambutan ialah roti john mini dan burger keju istimewa yang mampu mencatat jualan hampir 100 biji sehari.

Pelanggan boleh melakukan pembelian secara dalam talian dan mengambilnya, pembelian terus di gerai dan secara (cash on delivery) ke rumah.- Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Derik telaga minyak pertama di Malaysia

No Image Caption
GALERI

Pertandingan Kemahiran Dunia 2024

No Image Caption
GALERI

Pameran Raja Kita

No Image Caption
GALERI

Sukan Olimpik Habib Jewel