Iran akan buka semula masjid

Rouhani ketika mempengerusikan sesi Kabinet di Teheran. - FOTO: AFP
Rouhani ketika mempengerusikan sesi Kabinet di Teheran. - FOTO: AFP
A
A
A

TEHERAN - Presiden Iran, Hassan Rouhani memaklumkan pembukaan semula masjid akan dilakukan di 132 daerah di seluruh negara bermula esok selepas penularan koronavirus (Covid-19) pada awal Mac lalu.

"Penjarakan sosial adalah jauh lebih penting berbanding solat secara berjemaah," katanya sambil menambah daerah yang terlibat adalah di kawasan berisiko rendah.

Menurutnya, jawatankuasa pasukan petugas menangani wabak itu juga mempertimbangkan untuk membuka semula sekolah pada 16 Mei ini sebulan sebelum cuti musim panas bermula, namun perniagaan berisiko tinggi seperti gimnasium dan kedai gunting rambut akan kekal ditutup.

Semalam, Iran turut merekodkan jumlah kes harian paling rendah sejak 10 Mac lalu.

Wabak itu telah meragut lebih 6,150 nyawa dan menjangkiti lebih 96,440 orang sejak kes pertama diumumkan pada pertengahan Februari lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: