42 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Dato Johan, Jempol semalam.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Dato Johan, Jempol semalam.
A
A
A

JEMPOL - Sebanyak 14 keluarga membabitkan 42 mangsa terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Dato Johan di sini akibat banjir awal pagi tadi.

Penyelia Operasi Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jempol, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazreen Mohd Zahar berkata, mangsa dipindahkan selepas kawasan perumahan tersebut dinaiki air kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 30 dewasa, 11 kanak-kanak, seorang bayi dan dua orang kurang upaya (OKU) diselamatkan.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Dato Johan, Jempol semalam.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Dato Johan, Jempol semalam.

Sementara itu, mangsa banjir, Rahimah Hassan, 55, berkata, dia dikejutkan anaknya pada jam 2 pagi ketika sedang tidur.

Menurutnya, air naik dengan cepat menyebabkan mereka tidak sempat memindahkan barang ke tempat selamat.

"Sejak tinggal di sini tujuh tahun lalu, ini kejadian pertama dan bertambah perit ketika sedang menjalani ibadah puasa dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Perabot dan barang elektrik tidak dapat diselamatkan manakala dua kereta tidak dipastikan lagi kerosakannya malah tidak dapat menganggarkan kerugian dialami," katanya.

Artikel Berkaitan: