Min House Camp terima al-Quran wakaf

Wan Noriah (dua dari kiri) menerima al-Quran wakaf daripada Norhayati untuk digunakan tetamu Min House Camp.
Wan Noriah (dua dari kiri) menerima al-Quran wakaf daripada Norhayati untuk digunakan tetamu Min House Camp.
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Rumah Ngaji Kelantan (PRNNK) akan memastikan al-Quran yang diwakafkan oleh penduduk Kelantan khusus untuk rakyat negeri ini diagihkan secara telus.

Ketua Biro Penyelaras Biro Wakaf Quran, Norhayati Abdul Halim berkata, terdapat pelbagai pihak mewakafkan al-Quran menerusi PRNNK dan ia akan diedarkan secara berperingkat kepada Rumah Ngaji terpilih dan juga agensi tertentu.

“Pertubuhan mengalu-alukan niat mulia pelbagai pihak dan individu tertentu yang sama-sama berkongsi pahala dengan menggalakkan masyarakat membudayakan amalan membaca al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu beliau menyerahkan 20 al-Quran kepada pemilik Min House Camp, Wan Noriah Wan Ramli ataupun dikenali sebagai Rumah Ngaji Dalam Taman di Kubang Kerian.

Hadir sama, Pengerusi Biro Latihan PRNNK, Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kelantan, Dr Johari Yap.

Sementara itu, Wan Noriah berkata, al-Quran tersebut akan dimanfaatkan untuk digunakan oleh tetamu di Min House Camp.

“Di setiap sudut taman ini kita letakkan al-Quran dan juga buku-buku ilmiah, jadi sesiapa sahaja yang datang boleh membacanya di mana-mana ruang.

“Tetamu juga boleh menghayati bacaan masing-masing di tepi sungai untuk lebih mencari kedamaian,” katanya.

Artikel Berkaitan: