Covid-19: Indonesia catat 31 kematian dalam 24 jam

Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan angka korban akibat koronavirus (Covid-19) di republik itu kini meningkat kepada 831 orang.
Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan angka korban akibat koronavirus (Covid-19) di republik itu kini meningkat kepada 831 orang.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan angka korban akibat koronavirus (Covid-19) di republik itu kini meningkat kepada 831 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga meningkat kepada 10,843 kes iaitu tambahan 292 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

"Ketika ini, sebanyak 22,545 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iatu 392 kes diikuti Jawa Timur (106), Jawa Tengah (84) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!