Covid-19: 237 pusat kuarantin beroperasi hingga hari ini

Ismail Sabri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 237 pusat kuarantin beroperasi sehingga hari ini berbanding 232 pada hari sebelumnya.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 17, 375 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin terbabit.

"Semalam seramai 548 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib. Setakat ini, seramai 26,828 rakyat Malaysia pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020.

"Sejak 17 April, 13,672 individu selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan telah dibenarkan pulang," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas mengenai operasi Jabatan Imigresen, Ismail Sabri berkata, jabatan itu telah mengadakan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Plaza City One, Malayan Mansion dan kawasan di sekitar Masjid India.

"Seramai 3,352 individu telah diperiksa dan 586 ditahan atas kesalahan imigresen serta dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan selanjutnya.

"Kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka termasuk dari segi makanan dan kesihatan sepanjang tempoh mereka berada dalam kawasan PKPD dan depoh tahanan," katanya.

Artikel Berkaitan: