Tangkapan ingkar PKP menurun semalam

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah tangkapan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menurun semalam iaitu seramai 410 orang berbanding 683 kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 410 yang ditahan, seramai 372 direman manakala 38 lagi berada bawah jaminan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"PDRM telah menangkap 410 individu berbanding 683 individu sebelum ini kerana ingkar PKP merangkumi 372 individu yang direman dan 38 individu dijamin polis.

"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 1 Mei 2020 (semalam) adalah sebanyak 23,266 individu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, berdasarkan 820 sekatan jalan raya oleh PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara semalam sebanyak 486, 307 kenderaan telah diperiksa.

"PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 820 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 486,307 kenderaan," katanya.

Katanya, sebanyak 35, 834 pemeriksaan mengejut dilakukan di seluruh negara dengan sejumlah 7,065 premis diperiksa oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: