Perbicaraan kes dadah Lucinta Luna dijangka sebelum Aidilfitri

Lucinta Luna ditahan polis. - Foto Liputan6
Lucinta Luna ditahan polis. - Foto Liputan6
A
A
A

PENYANYI dangdut, Lucinta Luna dijangka dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan penyalahgunaan dadah sebelum Aidilfitri ini.

Menurut Liputan6, pendakwa raya Jakarta Barat telah menyiapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan diserahkan kepada mahkamah.

Wakil pendakwa raya, Kasie Intel berkata, perbicaraan terhadap penyanyi lagu Bobo Di mana itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kami diberikan masa paling lama 14 hari untuk menyiapkan hal pengurusan dan kertas pendakwaan akan diserahkan kepada mahkamah.

"Kebiasaannya dari proses perwakilan sehingga menetapkan tarikh dalam masa tujuh hari sebelum perbicaraan. Ia jadi kemungkinan (sebelum hari raya) kerana jika dikira paling lama dua minggu lagi setelah perwakilan selesai," katanya.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat pada jam 1.30 pagi.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri.

Pihak polis menemukan beberapa pil ecstasy di kediaman tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain popular dengan lagu berjudul Bobo Di mana, Lucinta juga pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat.