20 ketua bahagian sokong Noh kembali terajui UMNO Selangor

Noh menjawab soalan sewaktu temu bual bersama Sinar Harian di bangunan UMNO Selangor semalam. - FOTO ROSLI TALIB
Noh menjawab soalan sewaktu temu bual bersama Sinar Harian di bangunan UMNO Selangor semalam. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mendedahkan beliau kembali memegang semula jawatan itu selepas mendapat sokongan daripada ketua-ketua bahagian negeri ini.

Noh berkata, 20 dari 22 ketua bahagian UMNO di Selangor menyokongnya secara konsensus dan telah meminta beliau kembali untuk memegang semula jawatan itu.

Susulan itu beliau berkata, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan dan timbalannya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin turut mengambil langkah menghantar surat pelepasan jawatan masing-masing kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"20 ketua bahagian ini juga menghantar memorandum yang telah ditandatangani oleh mereka bagi menyatakan sokongan untuk melantik semula saya memegang jawatan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Noh beri impak besar pada UMNO Selangor

"Perkara ini mendapat persetujuan daripada Presiden.

"Secara prinsipnya, sewaktu mereka meminta saya kembali semula sebelum ini, saya memang sudah letakkan syarat yang saya mesti dapat sokongan daripada ketua-ketua bahagian negeri ini terlebih dahulu," katanya ketika ditemu bual Sinar Harian di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Sebelum ini, bekas Pengerusi UMNO Selangor dan timbalannya dilaporkan bersetuju secara bertulis mengembalikan jawatan masing-masing kepada Ahmad Zahid.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu Ahmad Zahid melantik Noh sebagai Pengerusi UMNO Selangor yang baharu dan mengekalkan Megat Zulkarnain sebagai Timbalan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai fokus beliau selepas ini, Noh berkata, pihaknya akan mengukuhkan kedudukan UMNO di negeri ini di samping meningkatkan kerjasama di dalam Muafakat Nasional.

"Kita kena tunjukkan semangat Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan adalah kerana kekuatan Muafakat Nasional itu sendiri.

"Kita juga azam untuk rampas semula Selangor ini daripada Pakatan Harapan (PH)," katanya.