Cikgu Nur Farhana ditemui selamat

Nur Farhana Ibrahim
Nur Farhana Ibrahim
A
A
A

GEORGETOWN - Guru di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau, Nur Farhana Ibrahim, yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu ditemui selamat tadi.

Menurut kakak iparnya yang hanya mahu dikenali sebagai Madihah, Nur Farhana ditemui di Kuala Kangsar, Perak tadi.

"Nur Farhana dijumpai kira-kira jam 4 petang tadi dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

"Kami dihubungi polis yang memberitahu Nur Farhana dijumpai di Kuala Kangsar," katanya yang menghubungi Sinar Harian sebentar tadi.

Madihah berkata, keluarganya amat bersyukur dengan penemuan Nur Farhana.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua terutamanya Sinar Harian, polis, bomba, guru, keluarga, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan semua yang membantu dalam pencarian ini.

"Kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Kangsar sekarang untuk menemui Nur Farhana. Setakat ini dulu yang saya boleh beritahu," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: