JPS ambil tindakan segera elak banjir kilat berulang

Antara rumah penduduk yang terjejas dalam kejadian banjir kilat semalam. - Foto: Ihsan FB MPKK Bukit Kapar
Antara rumah penduduk yang terjejas dalam kejadian banjir kilat semalam. - Foto: Ihsan FB MPKK Bukit Kapar
A
A
A

KLANG - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Klang akan mengambil tindakan segera dengan melakukan beberapa kerja pembersihan sistem saliran bagi mengatasi isu banjir kilat di Kampung Bukit Kapar dan Kampung Bukit Kerayong 2 di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, pihaknya bersama wakil JPS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah turun padang bagi melihat permasalahan itu secara lebih dekat.

"Buat masa ini pihak terlibat sedang berusaha bagi mengatasi isu banjir kilat di kawasan itu secepat mungkin.

"Semoga penduduk terlibat diberi kesabaran di atas semua perkara yang berlaku ini," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian itu, antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Pinang Sebatang, Jalan Bukit Payong, Jalan Rebung, Jalan Bahagia, Lorong Meranti, Jalan Setia Jaya dan Jalan Kempas.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata, taburan hujan yang tinggi direkodkan iaitu sehingga mencecah 154 milimeter juga turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat di kawasan itu.

"Taburan hujan ini adalah tertinggi di Klang dan disebabkan itu banyak lokasi di DUN Sementa dinaiki air khususnya di kawasan tanah rendah," katanya.

Artikel Berkaitan: