BSMM Kedah edar 600 bungkusan makanan

Tunku Puteri Intan Safinaz (tengah) bersama kepimpinan BSMM Kedah menunjukkan bungkusan makanan yang akan diagihkan di 12 daerah di negeri ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz (tengah) bersama kepimpinan BSMM Kedah menunjukkan bungkusan makanan yang akan diagihkan di 12 daerah di negeri ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kedah mengedarkan sebanyak 600 bungkusan makanan tajaan Nestle Malaysia Bhd kepada golongan yang terjejas kesan wabak Covid-19 bermula hari ini.

Pengerusi BSMM Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, semua bungkusan makanan tersebut akan diedarkan di 12 daerah di negeri ini.

Menurutnya, setiap daerah di Kedah akan menerima 50 bungkusan dan proses agihan akan dilakukan oleh sukarelawan BSMM Kedah dibantu oleh agensi bertanggungjawab.

"Terima kasih kepada penderma dan ini sebahagian daripada 10,000 bungkusan makanan sumbangan Nestle Malaysia Bhd untuk rakyat yang memerlukan, " katanya selepas melancarkan penyampaian sumbangan tersebut di Pejabat BSMM Kedah dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BSMM Kedah, Datuk Nasir Mustafa dan Pengarah BSMM Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Pengerusi Nasional BSMM berkata, Nestle Malaysia Bhd ialah rakan BSMM menerusi kempen #responsMALAYSIA bagi menangani Covid-19.

Jelasnya, syarikat tersebut telah menyumbangkan sebanyak RM1 juta untuk membantu pihaknya melaksanakan pelbagai program kebajikan bagi meringankan beban golongan yang terkesan.

Artikel Berkaitan: