Terima kasih Ibra, Pogba!

Shaw menyifatkan Pogba (kiri) dan Ibra (kanan) memainkan peranan penting dalam membentuk karakter pemain United.
Shaw menyifatkan Pogba (kiri) dan Ibra (kanan) memainkan peranan penting dalam membentuk karakter pemain United.
A
A
A

PEMAIN pertahanan Manchester United, Luke Shaw mengakui dia cukup berterima kasih kepada Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba yang banyak membantu dalam meningkatkan potensi dirinya selama ini.

Menurutnya, kehadiran Zlatan dan Pogba banyak memberikan pemain berusia 24 tahun itu kembali ke prestasi sebenar selepas beberapa kali dibelenggu kecederaan.

“Saya mengingat kembali ketika Ibra masih di Old Trafford, dia akan mendorong semua orang secara mental dan fizikal semasa dalam latihan.

“Ibra membuat anda lebih kuat dan saya banyak mengambil pelajaran daripadanya ketika dia masih bersama Manchester United.

“Ibra sering mencabar pemain Manchester United untuk memenangi setiap perlawanan kerana itulah mentalitinya, dari situ kekuatan mental kami pemain terbentuk,” katanya.

Sementara mengenai Pogba pula, Shaw berkata, tonggak Perancis itu sering memberikan dia semangat untuk terus kembali pulih setiap kali berdepan kecederaan.

“Pogba sering menyuntik kata-kata semangat supaya pemain mempercayai keupayaan diri sendiri terutamanya semasa sesi latihan.

“Dia selalu mengatakan hal-hal positif tidak hanya kepada saya tetapi pemain lain juga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Shaw menyertai Manchester United dari Southampton pada 2014 dengan status antara pemain pertahanan dijangka paling menyerlah pada saingan liga, namun karier Shaw di Old Trafford tidak selalu menyerlah kerana sering dibelenggu kecederaan.

Biarpun begitu, sejak musim lalu Shaw kembali mendapatkan tempatnya bersama The Red Devils dan sampai kini sudah membuat 132 penampilan selama lebih dari lima musim.