Akhirnya bernikah selepas tiga kali tunda

Mohd Aiman bersama Puteri Nur Shazatul Izma hadir ke Pejabat Agama Daerah Kulim untuk upacara akad nikah setelah beberapa kali tertangguh akibat PKP.
Mohd Aiman bersama Puteri Nur Shazatul Izma hadir ke Pejabat Agama Daerah Kulim untuk upacara akad nikah setelah beberapa kali tertangguh akibat PKP.
A
A
A

KULIM - "Sepatutnya kenduri kahwin dah selesai 4 April lalu, kad pun dah edar tapi sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami akur," kata Shamil Iqbal Rahmat, 29, yang terpaksa menunda tiga kali tarikh majlis akad nikah bersama pasangannya, Shahirah Zahari, 26.

Bagaimanapun Shamil Iqbal lega apabila selamat dinikahkan bersama pilihan hatinya itu di Pejabat Agama Daerah Kulim hari ini.

Mohd Aiman dan pasangan, Puteri Nur Shazatul Izma setelah selesai akad nikah hari ini.
Mohd Aiman dan pasangan, Puteri Nur Shazatul Izma setelah selesai akad nikah hari ini.

Menurutnya, dia lega apabila majlis pernikahan berjalan lancar biarpun perlu mematuhi beberapa syarat tambahan sempena PKP.

"Alhamdulillah selesai biarpun terpaksa tangguhkan majlis perkahwinan terlebih dahulu disebabkan koronavirus (Covid-19) termasuk tempahan dewan dan katering yang telah dibuat tetapi kami akur demi kebaikan semua pihak," katanya.

Sementara itu, Mohd Aiman Fathi Aizat Ali, 23, berkata, tarikh pernikahan ditetapkan pada 29 Mac lalu, namun disebabkan PKP, ia telah ditunda beberapa kali.

Shahirah bersama pasangan, Shamil dan ayah, Zahari Derani, 57, hadir untuk upacara akad nikah di Pejabat Agama Daerah Kulim hari ini.
Shahirah bersama pasangan, Shamil dan ayah, Zahari Derani, 57, hadir untuk upacara akad nikah di Pejabat Agama Daerah Kulim hari ini.

Pasangannya, Puteri Nur Shazatul Izma Saedin, 23, berkata, kedua-dua mereka masih perlu bertugas walaupun dalam tempoh PKP, menyebabkan mereka telah beberapa kali memohon cuti untuk tujuan akad nikah, namun terpaksa dibatalkan.

Artikel Berkaitan:

"Kami percaya mungkin ada hikmah di sebalik semua dugaan yang berlaku, bila kenduri ditunda, kami masih ada banyak masa untuk menabung," katanya.

Kedua-dua pasangan itu merupakan antara lapan pasangan pengantin yang melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Daerah Kulim hari ini.

Berdasarkan rekod, terdapat 22 pasangan pengantin melangsungkan pernikahan bermula 27 April sehingga 5 Mei nanti berdasarkan permohonan yang telah diluluskan sebelum PKP.

Pegawai Agama Daerah Kulim, Muhammad Suhaimi Saleh berkata, hampir 100 pasangan bakal pengantin di daerah itu membuat permohonan akad nikah antara Mac hingga April 2020 yang tertangguh setelah PKP dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.