X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Tujuh pengedar dadah ditahan

Tujuh suspek ditahan dalam sebuah rumah susulan polis menahan seorang lagi suspek yang juga pengedar dadah. -Foto Polis Langkawi
A
A

LANGKAWI - Polis menahan tujuh individu termasuk seorang lelaki dan dua wanita warga Thailand yang disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah selepas menyerbu sebuah sebuah rumah di Kampung Perana Ulu pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, serbuan pada jam 1.34 pagi itu menemukan lima paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 10.25 gram.

Beliau berkata, polis turut merampas 10 keratan straw disyaki mengandungi dadah jenis heroin dengan anggaran berat 2.43 gram.

“Siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah sejak tahun 2014. Mereka kini ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah seksyen 39 A (1) ADB 1952,” katanya.

Seorang lelaki tempatan diberkas ketika aktif mengedar dadah sekitar Langkawi. -Foto Polis Langkawi
Seorang lelaki tempatan diberkas ketika aktif mengedar dadah sekitar Langkawi. -Foto Polis Langkawi

Katanya, sebelum itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mengaku menjual dadah di kawasan kampung berkenaan sebagai sumber utama kewangannya pada musim PKP Covid-19.

“Bagaimanapun, kali ini suspek terpaksa berputih mata selepas kegiatannya dihidu polis dan tujuh yang lain turut ditahan.,” katanya.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemukan tiga paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 102.0 gram dan satu paket plastik lutsinar dadah jenis syabu anggaran berat 1.18 gram,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan direman untuk siasatan lanjut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!