Polis cari pencuri tayar

Polis hanya menerima satu laporan polis berhubung empat kes kecurian tayar kereta di satu kawasan perumahan di Penaga.
Polis hanya menerima satu laporan polis berhubung empat kes kecurian tayar kereta di satu kawasan perumahan di Penaga.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis sedang mengesan suspek berhubung empat kes kecurian tayar kereta di satu taman perumahan di Penaga, Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumah mangsa mendapati rakaman pada wajah suspek tidak jelas.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini polis menerima hanya satu laporan tetapi tetap akan menjalankan siasatan.

"Menurut laporan itu, kereta berkenaan adalah milik isteri mangsa dan diletakkan di luar pagar rumah kerana tidak mempunyai cukup ruang di bahagian dalam. Mangsa tidak menyedari kejadian itu sehingga dia dihubungi jirannya.

Polis sedang mengumpul maklumat mengenai kes kecurian tayar kereta di Penaga.
Polis sedang mengumpul maklumat mengenai kes kecurian tayar kereta di Penaga.

"Kereta tersebut mempunyai sistem penggera namun bukan di bahagian tayar. Ketika kejadian, mangsa tidak terdengar sebarang bunyi yang mencurigakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dan tidak membuka ruang untuk penjenayah. selain itu tidak cepat menularkan

Artikel Berkaitan: