Agong titah 1.5 juta pekerja, majikan patuh SOP kerajaan

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin untuk mendengar sendiri langkah yang dilaksana kerajaan bagi menangani impak Covid-19 terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara hari ini. - Foto Istana Negara

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 1.5 juta pekerja dan majikan dalam sektor dan industri yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan supaya mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menitahkan supaya pekerja dan majikan mengikuti garis panduan ditetapkan bagi sektor masing-masing oleh Kementerian Kesihatan dan agensi penguatkuasaan.

“Setiap majikan dan pekerja dinasihati tidak mengambil sikap sambil lewa dalam mematuhi SOP dan garis panduan ditetapkan untuk mengelakkan pertambahan kluster-kluster jangkitan Covid-19 yang baharu,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh mula operasi sepenuhnya esok

Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mendengar sendiri langkah yang dilaksana kerajaan bagi menangani impak Covid-19 terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara petang tadi, Seri Paduka berkenan mengambil maklum mengenai peranan MITI dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin untuk mendengar sendiri langkah yang dilaksana kerajaan bagi menangani impak Covid-19 terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara hari ini. - Foto Istana Negara
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin untuk mendengar sendiri langkah yang dilaksana kerajaan bagi menangani impak Covid-19 terhadap kedudukan kewangan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat menerusi sidang video selama 30 minit di Istana Negara hari ini. - Foto Istana Negara

Artikel Berkaitan: