Polis cekup lima rakan curi rim kereta

Nor Azmi menunjukkan rim kereta dirampas pada sidang media di IPD, Sabak Bernam.
Nor Azmi menunjukkan rim kereta dirampas pada sidang media di IPD, Sabak Bernam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Lima rakan menerima padah apabila dicekup polis di Jalan Ladang, Sabak Bernam, di sini, 12 Januari lalu selepas lima jam melakukan pecah stor penyimpanan rim kereta di Jalan Stoner, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, semua suspek berusia lingkungan 28 hingga 52 tahun itu ditahan hasil risikan polis dan maklumat awam.

"Dua daripada lima suspek ditahan ketika berada dalam keadaan mencurigakan dalam kereta jenis Proton Satria di Jalan Ladang.

"Berdasarkan keterangan suspek, polis berjaya menahan tiga lagi suspek yang berada di kawasan berkenaan.

"Malah, polis turut dibawa ke kedai barangan lusuh di sekitar Pekan Sabak Bernam dan hasil pemeriksaan berjaya menemui 15 rim kereta pelbagai saiz," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, hari ini.

Nor Azmi berkata, polis turut merampas sebilah kerambit dan parang panjang dibawa suspek dipercayai digunakan untuk memecah masuk stor berkenaan.

"Suspek direman selama seminggu bermula 12 Januari lalu sehingga 18 Januari depan.

"Semua suspek disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Artikel Berkaitan:

#sabakbernam Polis cekup lima rakan curi rim kereta MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Lima rakan menerima padah apabila dicekup polis selepas lima jam melakukan pecah stor penyimpanan rim kereta di Jalan Stoner, di sini, 12 Januari lalu. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/8109/BERITA/Jenayah/Polis-cekup-lima-rakan-curi-rim-kereta

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Thursday, January 17, 2019