PKP fasa tiga berjaya ratakan lengkung jangkitan Covid-19

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang berakhir hari ini menunjukkan kejayaan dalam meratakan lengkung jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dapat dilihat dengan peningkatan kes yang pulih sekaligus turut menurunkan jumlah kes aktif.

Menurutnya, pencapaian itu adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif Kerajaan dalam aktiviti-aktiviti pembendungan penularan Covid-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP.

"Pelaksanaan PKP fasa 3 akan memasuki fasa 4 mulai esok iaitu 29 April 2020. Setakat ini, didapati jumlah kes harian sering menunjukkan tren menurun dan kadang kala mendatar.

"Dengan peningkatan kes-kes yang pulih daripada Covid-19, ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang fasa ketiga PKP. Ini sekaligus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan negara kini memasuki fasa pemulihan.

"Misalnya, jumlah kes aktif pada hari ini adalah 1,719, berbanding kes aktif tertinggi, iaitu 2,596 pada 5 April lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan PKP telah membantu mengurangkan interaksi di antara ahli masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19, selain aktiviti pengesanan kes secara aktif, KKM dengan pelbagai agensi menggunakan pendekatan tertumpu.

"Ini dapat memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia, termasuk kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan kapasiti

Artikel Berkaitan:

penggunaan mesin bantuan pernafasan (ventilators) di hospital," katanya.