APMM bantu nelayan di tengah laut

Kepten Zulinda (kanan) menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada Rashid yang berada atas bot nelayan berhampiran Pulau Ketam di sini hari ini.
Kepten Zulinda (kanan) menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada Rashid yang berada atas bot nelayan berhampiran Pulau Ketam di sini hari ini.
A
A
A

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil inisiatif menyantuni komuniti nelayan di tengah laut berhampiran Pulau Ketam di sini melalui Program Bantuan Insan di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Kedah/Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya tampil membantu komuniti nelayan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi meringankan beban mereka.

"Walaupun bantuan diberikan tidak banyak, bagaimanapun kita berharap ia dapat membantu kelangsungan hidup nelayan sepanjang PKP dan sempena menyambut Ramadan ini.

"Seramai 45 nelayan Kuala Perlis dan Perlis Selatan menerima sumbangan itu. Setakat ini, program itu merupakan anjuran kali kedua APMM Kedah/Perlis, sepanjang Ramadan tahun ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, kadar pematuhan pemakaian jaket keselamatan dalam kalangan nelayan masih di tahap rendah, sekali gus mereka dinasihatkan sentiasa memakainya demi keselamatan diri mereka.

Sementara itu, komuniti nelayan tidak menyangka menerima kehadiran APPM di tengah lautan untuk memberi bantuan, sekaligus melahirkan kesyukuran kerana sumbangan itu meringankan bebanan mereka sekeluarga.

Seorang nelayan, Rashid Ali, 50 an berkata, dia terkejut dengan kehadiran bot APPM, malah beranggapan mereka ditahan untuk pemeriksaan.

"Alhamdulillah, tidak pernah ada yang datang memberi bantuan di tengah lautan seperti ini, jadi memang terkejut dan amat berterima kasih kerana ia meringankan beban ditanggung,"katanya.

Artikel Berkaitan: