Isu diboikot pelancong Singapura, kita tak rugi kata MB Johor

Osman menyempurnakan gimik pelancaran festival.
Osman menyempurnakan gimik pelancaran festival.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan lawatannya di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura bertujuan untuk melihat sendiri tahap keselamatan negara.

Menurutnya, beliau berbuat sedemikian bukan hanya sebagai Menteri Besar, malah sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor.

"Saya juga nak tengok tentang keselamatan negeri. Saya tak bolehlah nak dengar 'rumours' sahaja tanpa saya tengok dengan mata saya.

"Jadi kalau kita tak tengok, kadang-kadang dengar daripada orang mungkin penyampaian tak betul. Banyak manipulasi," katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2019 di sini hari ini.

Selain itu, Osman turut menyangkal dakwaan terdapat penurunan kemasukan pelancong Singapura ke negeri ini, untuk berbelanja sempena perayaan Tahun Baharu Cina susulan isu ketegangan hubungan Malaysia-Singapura.

"Kalau ikut kenyataan Exco Pelancongan, Liow Cai Tung, tiada apa-apa dari segi penurunan dalam soal pelancong.

"Dan kita ada kekuatan sendiri dalam soal ini. Tidak nampak kerugian kita walaupun sikit," katanya.

Artikel Berkaitan: