Tidak disukai penyokong Argentina, ini kata Ronaldo

Dybala dan Cristiano Ronaldo dalam gelanggang bola sepak. - Foto Mirror.Co.Uk
Dybala dan Cristiano Ronaldo dalam gelanggang bola sepak. - Foto Mirror.Co.Uk
A
A
A

REAKSI bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang hanya ketawa apabila diberitahu oleh Paulo Dybala bahawa dirinya tidak disukai oleh penyokong Argentina mendapat perhatian ramai.

Menurut Mirror.Co.Uk, perkara itu dikongsikan oleh Dybala menerusi laman web pasukan kebangsaan Argentina.

“Pada awalnya, saya terkejut kerana saya tidak mengenalinya. Tiada seorang pun daripada kami yang tahu apa-apa tentang dia,” katanya.

Dybala turut berkata, Ronaldo adalah seorang lelaki yang baik, peramah di dalam dan juga di luar bilik persalinan.

“Saya pernah bersembang dengannya dan jujur saya katakan padanya, kami di Argentina sedikit membencinya kerana personaliti dan caranya,” kata Dybala.

Dybala berkata, Ronaldo hanya ketawa sambil berkata: “Saya tahu mengenainya, tetapi hanya saya yang mengenali diri sendiri dan saya sudah biasa dikritik,"

Ikon hebat arena bola sepak itu memulakan kariernya di Sporting Lisbon sebelum berpindah ke Manchester United dan memenangi gelaran Liga Perdana sebanyak tiga kali dan Liga Juara-Juara.

Beliau kemudian berhijrah ke Real Madrid dan memenangi empat lagi trofi Liga Juara-Juara sebelum ke Turin.

Artikel Berkaitan: