Waktu sesuai untuk buka semula ekonomi

Profesor Dr Barjoyai Bardai
Profesor Dr Barjoyai Bardai
A
A
A

SHAH ALAM – Penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin terkawal dengan pertambahan kawasan zon hijau di Malaysia kini dilihat waktu yang sesuai untuk kerajaan membuka semula ekonomi.

Penganalisis ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, bagaimanapun, pembukaan itu perlu dihadkan kepada sektor tertentu dan bukan kepada sektor yang menggunakan tenaga kerja ramai.

“Memang saya berpendapat kerajaan patut mula buka ekonomi semula sekarang tetapi perlu pastikan kawasan yang dibenarkan benar-benar bersih daripada jangkitan Covid-19 dan pekerja juga datang dari zon hijau juga.

“Tapi untuk kedai, mungkin langkah pencegahan perlu dipertingkatkan dan mereka perlu lebih berjaga-jaga sebab pelanggan boleh datang dari mana-mana zon termasuk zon merah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut katanya, sebelum pembukaan ekonomi secara menyeluruh, orang ramai ketika ini perlu membiasakan diri dengan normal baharu bagi memastikan ekonomi dapat dikembangkan.

“Sekarang kita kena bersedia untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu termasuk dalam aktiviti ekonomi kerana ia akan berbeza daripada kelaziman kita termasuk menjaga jarak sosial.

“Kita kena galakkan semua jenis perniagaan termasuk bisnes mikro untuk mulakan perkara ini hinggalah perniagaan yang lebih besar,” katanya.

Artikel Berkaitan: