Rayuan Zahid Hamidi cabar dua akta pada 7 Julai

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

PUTRAJAYA - Rayuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar dua akta berhubung penerimaan bukti dokumen akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 7 Julai.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, prosiding berkenaan yang sepatutnya didengar semalam dijadualkan semula ke tarikh baharu.

Pada 18 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk mencabar dari segi perlembagaan Seksyen 41A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 71 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Penetapan tarikh baharu berkenaan susulan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei.

Mahkamah hanya mengendalikan prosiding reman, kes baharu dan kes jaminan. - Bernama

Artikel Berkaitan: