Kerja baik pulih jalan tergendala

Kerja baik pulih di Jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau terhenti buat sementara waktu.Mohd Shaid (gambar kecil).
Kerja baik pulih di Jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau terhenti buat sementara waktu.Mohd Shaid (gambar kecil).
A
A
A

JERAM – Kerja baik pulih di Jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau terhenti buat sementara waktu akibat masalah teknikal bagaimanapun akan diteruskan pada Februari nanti.

Sementara itu, Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu itu berkata, pihaknya sudah merujuk perkara sama kepada agensi berkaitan.

"Saya difahamkan sepatutnya kerja baik pulih jalan ini siap pada Disember lalu tetapi terhenti buat sementara waktu disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

"Kerja akan mula dibuat semula pada Februari nanti dan saya sudah maklum kepada wakil penduduk supaya dapat dihebahkan mengenai perkara ini.

"Saya pun ada desak agensi berkaitan supaya dapat menyelerakan kerja terbabit dan mohon penduduk beri masa sebab masalah ini bukan disengajakan," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Asal malam ada budak jatuh motor']

Jelasnya lagi, mungkin kontraktor yang dilantik tidak berkemampuan untuk meneruskan kerja baik pulih memandangkan sistem tender ini lebih berkonsepkan terbuka.

“Jadi ramai ‘beat’ harga, bila ‘beat’ harga murah semata-mata nak dapatkan tender tapi kesudahannya lepas tu tak mampu nak buat kerja baik pulih jalan sebab masalah kos.

Artikel Berkaitan:

“Jadi inilah masalah yang perlu dihadapi kalau ambil kontraktor murah tapi pihak terbabit akan memilih kontraktor baharu untuk kerja baiki jalan tu nanti,” katanya.