PKPD di Simpang Renggam berakhir esok

Ismail Sabri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra. - Foto Bernama
Ismail Sabri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah disambung satu minggu lagi sehingga 5 Mei depan.

“Beberapa kawasan masih berada di bawah PKPD tetapi dua kawasan berkenaan akan ditamatkan esok,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Pada 27 Mac lalu, dua kawasan tersebut menjadi lokasi pertama PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif jangkitan Koronavirus (Covid-19)

Ismail Sabri memberitahu tindakan dilaksanakan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, KKM memaklumkan bahawa 61 daripada 83 kes positif Covid-19 di Kluang berlaku di Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid.

Artikel Berkaitan: