Lelaki tetak adik kandung ditahan

Suspek tetak adik berjaya dicekup polis dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor semalam.
Suspek tetak adik berjaya dicekup polis dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor semalam.
A
A
A

PARIT - Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian tetak adik kandungnya dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditangkap pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sekitar jam 1.15 petang.

“Suspek didapati bersembunyi bersama isterinya dengan menyewa di rumah terbabit sejurus selepas melarikan diri dalam kejadian itu.

“Suspek dan isterinya telah ditahan. Siasatan lanjut mendapati lima anak mereka telah dijaga oleh ibu suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, suspek direman selama tiga hari untuk meneruskan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 326 dan 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata.

Sinar Harian melaporkan kejadian seorang lelaki berusia 38 tahun parah ditetak oleh abang kandungnya dengan menggunakan parang sebelum berbuka puasa di Kampung Kota Setia, Kampung Gajah, Jumaat lalu.

Kejadian jam 7 petang itu berpunca daripada pertengkaran mulut di antara mereka selepas suspek bertindak memarahi ibunya sehingga menangis.

ARTIKEL BERKAITAN Tetak adik dengan parang sebelum berbuka

Artikel Berkaitan: