Empat lelaki berparang rompak kedai alat ganti kereta

Lokasi kejadian berlakunya kejadian rompakan berkenaan.
Lokasi kejadian berlakunya kejadian rompakan berkenaan.
A
A
A

RAWANG - Sebuah kedai menjual alat ganti kereta di Kampung Baru Cina, di sini rugi kira-kira RM23,000 selepas dirompak empat lelaki, semalam.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 5.45 pagi apabila suspek yang menaiki sebuah van berwarna putih, meluru masuk ke dalam kedai dan mengacu parang kepada pengawal keselamatan.

"Dua suspek bertindak mengacu parang ke arah pengawal keselamatan sebelum mengikat tangan dan kakinya sementara mulut serta matanya ditutup cebisan kain," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak menyelongkar seluruh premis sebelum melarikan sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton dan telefon bimbit pengawal tersebut.

"Pengawal keselamatan itu berjaya melepaskan diri dan memaklumkan kepada majikannya yang kemudian mendapati wang tunai berjumlah RM10,000 turut hilang," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.

Artikel Berkaitan: