Terus patuh PKP, kekal tenang duduk di rumah: Aminuddin

aminudin
aminudin
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menasihatkan kepada semua masyarakat agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa keempat bermula esok hingga 12 Mei dan kekal tenang duduk di rumah.

Katanya, meskipun peratusan pesakit koronavirus (Covid-19) yang telah sembuh dan discaj di negeri ini kekal melebihi 70 peratus, tetapi risiko kepada jangkitan baharu masih ada.

Tambahnya, pihaknya sedia maklum mengenai seorang peniaga di Pasar Bahau yang disahkan positif Covid-19, namun pihak bertanggungjawab telah mengambil langkah sewajarnya dengan menutup pasar itu selama 14 hari termasuk melakukan sanitasi.

"Pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga melakukan saringan kepada semua peniaga di Pasar Besar Bahau termasuk kontak rapat.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua terus mematuhi PKP. Walaupun kita berada di fasa pemulihan, risiko terjadinya jangkitan baharu masih ada seperti yang berlaku di Pasar Besar Bahau.

"Sehubungan itu saya merayu kepada semua agar tidak keluar dengan sewenang-wenangnya seperti yang dapat dilihat daripada data dikeluarkan KKM, PKP mampu memutuskan rangkaian Covid-19," katanya melalui kenyataan di laman sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu panik dan diminta tidak menyebar berita palsu mengenai Covid-19 serta mengelakkan membuat sebarang spekulasi.

"Kerajaan negeri akan sentiasa memantau dan memaklumkan perkembangan terkini berkenaan situasi semasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga positif Covid-19, pasar awam Bahau tutup 14 hari

Exco rayu semua peniaga Pasar Awam Bahau jalani saringan Covid-19

Jangkitan kluster pasar borong menular