Pergerakan pulang dari kampung ke bandar bukan bermula 1 Mei

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memaklumkan bahawa 1 Mei bukanlah tarikh bermulanya perjalanan bagi mereka yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke bandar, sebaliknya ia merupakan tempoh pendaftaran kepada polis dan mengumpulkan maklumat daripada balai polis seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas maklumat tersebut dikumpul, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan perbincangan bagi mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kepulangan secara kumpulan itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada PDRM walaupun belum menjalankan perbincangan dengan MKN, tetapi telah mencadangkan SOP mengenai perkara ini. Namun begitu kita masih perlu berbincang secara bersama dengan MKN dan KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan pergerakan rentas negeri bermula hari ini

“Selepas kemukakan dan mencadangkan SOP tersebut, ia perlu dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk diluluskan.

"Jika diluluskan baru boleh kita maklumkan tarikh pergerakan pulang daripada kampung ke bandar atau tempat kerja,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: