Ribut: Bilangan rumah rosak bertambah

Anggota APM bersama beberapa agensi lain bertungkus-lumus mengalih pokok tumbang di kawasan ribut sejak malam tadi.
Anggota APM bersama beberapa agensi lain bertungkus-lumus mengalih pokok tumbang di kawasan ribut sejak malam tadi.
A
A
A

IPOH - Jumlah mangsa ribut di Kampung Sri Klebang dan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor Dalam serta kawasan berhampiran meningkat kepada 362 rumah berbanding kira-kira 100 rumah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kinta, Halizah Sipun berkata, dari segi pecahan jumlah rumah, Taman Klebang Jaya paling banyak iaitu sebanyak 120 rumah diikuti Kampung Sri Klebang sebanyak 91 rumah, RPT Chepor Dalam (86 rumah) dan Taman Bertuah (65 rumah).

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, hanya dua keluarga dipindahkan ke inap desa berhampiran disebabkan rumah mereka mengalami kerosakan teruk.

"Malam tadi kita telah edarkan makanan bermasak kepada keluarga yang terlibat dan bantuan Kotak Makan juga akan diedarkan berdasarkan keperluan serta stok yang ada.

"Pihak Yayasan Perak akan menguruskan bantuan untuk membaiki rumah-rumah yang terjejas dengan bencana ribut itu," katanya kepada media hari ini.

Muhammed Amin (kanan) bersama Penghulu Mukim Chemor, Ahmad Baharul Shahrudin (tiga dari kanan) dan Pengerusi MPKK meninjau kawasan yang terjejas dengan ribut bagi membuat penilaian kerosakan kediaman dialami penduduk di Kampung Sri Klebang di sini hari ini.
Muhammed Amin (kanan) bersama Penghulu Mukim Chemor, Ahmad Baharul Shahrudin (tiga dari kanan) dan Pengerusi MPKK meninjau kawasan yang terjejas dengan ribut bagi membuat penilaian kerosakan kediaman dialami penduduk di Kampung Sri Klebang di sini hari ini.

Halizah berkata, mangsa ribut juga akan diberikan bantuan wang ihsan yang sedang diuruskan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta setelah mendapat dokumen yang lengkap.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, beberapa rumah di empat kawasan tersebut mengalami kerosakan akibat ribut.

Artikel Berkaitan:

Kejadian ribut tersebut turut menyebabkan menara telekomunikasi Masjid Al-Amaniah At-Taiyyibah, Kampung Sri Klebang turut tumbang menimpa beberapa unit inap desa milik masjid berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kinta, Kapten Muhammed Ameen Salleh Mura berkata, sebanyak 32 anggota termasuk dua pegawai APM terlibat membantu mengalihkan pokok tumbang.

Menurutnya, selain itu pihak APM turut membantu membawa dua keluarga ke pusat pemindahan sementara yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, selain APM, beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Pejabat Penghulu Mukim Chemor, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi dan wakil penduduk.

Bencana yang menimpa penduduk tersebut turut mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut meninjau keadaan di sekitar kawasan yang terjejas.ARTIKEL

BERKAITAN: Dugaan Ramadan, 100 rumah rosak dilanda ribut