Isu Rohingya: MUR mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Majlis Ulama Rohingya (MUR) dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah meneliti setiap tuntutan didakwa dibuat Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang tular baru-baru ini. (Kenyataan MUR.)
Majlis Ulama Rohingya (MUR) dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah meneliti setiap tuntutan didakwa dibuat Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang tular baru-baru ini. (Kenyataan MUR.)
A
A
A

SHAH ALAM – Majlis Ulama Rohingya (MUR) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan melibatkan seorang daripada etnik Rohingya yang didakwa mengetengahkan beberapa tuntutan seolah-olah mewakili keseluruhan etnik itu di negara ini.

MUR dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah meneliti setiap tuntutan didakwa dibuat Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani yang tular baru-baru ini.

Menurut MUR, mereka sama sekali tidak menyokong tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia juga kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada etnik Rohingya yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyarakat Rohingya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zafar Ahmad nafi tuduhan palsu di media sosial

“Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,” menurut kenyataan itu.

MUR juga mendakwa Zafar tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihaknya dan persatuan lain.

Majlis ulama tersebut turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sokongan berterusan terhadap kelangsungan hidup etnik Rohingya di negara ini.

“Sumbangan anda sangat dihargai oleh Rohingya di seluruh dunia,” katanya sambil meminta mana-mana pihak berurusan dengan persatuan atau individu yang benar-benar mewakili etnik Rohingya di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Kelmarin Zafar dalam satu kenyataan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Katanya, ekoran tuduhan tersebut beliau kini diancam dan diugut sehingga terpaksa menyahaktif akaun Facebooknya.