KKB anjur program amal buat Palestin

Program Palestine Ramadan Charity bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan di Palestin. -Foto KKB
Program Palestine Ramadan Charity bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan di Palestin. -Foto KKB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) akan menganjurkan program Palestine Ramadan Charity bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan di Palestin.

KKB dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut diadakan setelah mengambil kira cabaran yang dihadapi penduduk Palestin terutamanya sepanjang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Langkah pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan mendatangkan cabaran hebat kepada penduduk terutamanya dari segi pertambahan pengangguran, kelumpuhan sektor pelancongan di Gaza, sektor pengangkutan, kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan kekurangan alatan perubatan,” katanya.

KKB berkata, bantuan dalam bentuk pek makanan, anjuran majlis berbuka puasa, bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan hadiah Aidilfitri untuk kanak-kanak akan disampaikan melalui projek tersebut.

Katanya, antara lokasi yang dipilih ialah Gaza, Tebing Barat dan juga Al-Quds.

“Krew KKB di Palestin akan mengumpulkan maklumat agar dana yang dikumpulkan digunakan sepenuhnya untuk projek ini,” katanya.

KKB juga sangat mengalu-alukan orang ramai yang ingin menaja atau menyumbang dengan menghubungi Pegawai Eksekutif Program, Nur Hafiza Pakhurdin di talian 017-5759783 atau melalui emel di hafiza.kkb@gmail.com.

Artikel Berkaitan: