Kes Shuhaily: Peguam dua anggota polis antara dilarang buat kenyataan
25 November 2026 | VIDEO
A
A
A
Peguam yang mewakili dua anggota polis yang didakwa dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu, antara pihak yang dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu di luar mahkamah, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Perintah berkenaan melibatkan peguam, Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin yang mewakili dua anggota polis terbabit selaku peguam pemerhati.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isushuhaily #akps #peguamdilarangberikenyataan
