Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Digugurkan sebagai Exco, Kamarudin terima dengan hati terbuka

11 November 2026 | VIDEO
A
A
A

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menerima keputusan penamatan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) atau Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri dengan hati terbuka dan reda.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas berkata, keputusan itu berkuat kuasa pada 9 November lalu selepas menerima surat daripada Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan yang memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membatalkan pelantikannya sebagai anggota AMMK.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804148/berita/politik/digugurkan-sebagai-exco-kamarudin-terima-dengan-hati-terbuka

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #Exco