Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

SekPur gesa siasat dakwaan konspirasi jatuhkan Tuanku Muhriz, MB Negeri Sembilan

21 November 2026 | VIDEO
A
A
A

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) menggesa polis menjalankan siasatan dakwaan wujud konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, serta kemungkinan pakatan terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Setiausaha Agung SekPur, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, laporan polis itu dibuat berdasarkan beberapa laporan media dan kenyataan individu tertentu yang menimbulkan persoalan mengenai pihak yang menyediakan, mengarahkan serta menyerahkan surat peletakan jawatan berkenaan kepada pihak istana.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805560/berita/semasa/sekpur-gesa-siasat-dakwaan-konspirasi-jatuhkan-tuanku-muhriz-mb-negeri-sembilan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SekPur